Khasiat
Mas cotek dikatakan merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun mas cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) dan angin ahmar.
Untuk perubatan, pokok ini berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. Minum airnya bila suam. Ia juga boleh digunakan untukmengembalikan rahim kekedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat paru-paru berair. Selain dari daun dan akarnya yang direbus, buahnya juga boleh dimakan (sebanyak 3-5 biji sehari) untuk menyihatkan badan
Air rebusan daun, batang, akar, dan buah mas cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paruberair, sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun mas cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar.
Ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.
- Herba mas cotek dipercayai dapat menyembuhkan, membetulkan kerosakan urat saraf dan mengekalkan keayuan serta awet muda.
- Herba mas cotek dipercayai dapat diminum sebagai tonik kaum wanita dan sering digunakan untuk mengembalikan rahim ke kedudukan asal serta mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin.
- Herba mas cotek dapat dipercayai boleh merawat sakit paru-paru berair, kencing manis, buasir,darah tinggi, lemah jantung, cirit-birit dan meningkatkan keinginan seks lelaki dan wanita.
- Herba mas cotek dipercayai dapat membantu mengatasi masalah-masalah berkaitan kaumwanita seperti keputihan dan membantu menambah tenaga.
Antaranya penyakit yang dapat dibantu:
- Mengeluarkan toksin dalam badan
- Melancarkan perjalanan darah
- Sakit urat saraf
- Gout
- Kencing manis
- Darah tinggi
- Membuang kolestrol dan lemak
- Buasir
- Migraine /sakit kepala
- Paru-paru berair
- Pemulih tenaga batin
- Sakit puan
- Senggugut
- Sakit pinggang
- Keletihan
- Masalah tidur
- Merangsang Hormon Lelaki
- Mengecutkan rahim peranakan
- Merapatkan pintu rahim
- Sakit lutut
- Mencantikkan dan melicinkan kulit
Cara-cara merebus dan mengamalkannya:
- Herba mas cotek hendaklah direbus sebanyak 6 liter air atau bersamaan dengan 4 x 1.5 liter air saiz botol air mineral sehingga mendidih atau selama 45 minit sehingga pati dari batang, daun, buah, ranting dan akarnya keluar.
- Tapis air rebusan tadi dan batang daun hasil rebusan mas cotek tadi. Anda boleh menyimpan air rebusan mas cotek ke dalam peti ais (agar tahan lebih lama) atau di luar (habiskan sebelum 3 hari).
- Amalkan meminum air rebusan mas cotek sekurang-kurangnya 5 – 6 gelas sehari dan amalkan sebagai minuman harian.
- Tiada jangkaan had umur untuk mengamalkan air herba ini.
- Minuman seisi keluarga ini sesuai untuk semua jenis jantina.
Bahan tanaman boleh dibiakkan dengan menggunakan anak benih atau keratan batang.
Mas cotek boleh ditanam di atas batas dengan jarak tanaman 1.2 m antara pokok dalam baris dan 2 m antara baris.
Pengutipan hasil hendaklah dijalankan pada jarak masa 4 bulan sekali dengan memotong pucuk muda (20 cm panjang).
Kadar pembajaan yang diperlukan bagi tanah berpasir ialah 10 t/ha najis ayam dan 2 t/ha baja sebatian NPK=10:10:10 pada jarak masa enam bulan sekali.
Baja organik najis ayam tidak diperlukan bagi tanah aluvium.
Potensi hasil kering adalah dalam lingkungan 2-3 t/ha.
Kegunaan- merawat paru-paru berair, mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim pada kedudukan asal, membantu mengelakkan penyakit batu karang, merawat penyakit buah pinggang, memulihkan tenaga batin, melancarkan perjalanan darah, mengatasi masalah buasir dan sembelit dan menangani masalah mati pucuk dan resdung.
2 comments:
Salam
Radang Paru-paru Copd.
Saya Abd Kadir bin Sumardi, 42 tahun. Saya disahkan mengidap radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit saya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakala nya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta , batuk tetap tak baik, sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
Banyak rawatan alternatif dari produk luar saya ambil tapi tak berkesan. Kemudian saya buat x-ray dan mendapatkan rawatan hospital. Doktor pun mengesahkan saya mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia. Untuk makluman, saya bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Setelah itu sahabat saya telah terlihat di facebook berserta testimonial pesakit. Lalu dia pun memperkenalkan kepada saya untuk mencuba produk tersebut. Saya pun menghubungi pengasas produk tersebut En. Zuhairi dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Beliau mengesyorkn saya untuk mencuba. Alhamdulillah dalam 2 minggu dah terasa perubahan .Batuk samakin berkurang. Saya terus mengamalkan 2 jenis jus itu selama beberapa bulan sampai masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Menurut En. Zuhairi, masalah saya ini ialah paru-paru copd iaitu sakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini saya terus mengamalkan. Syukur pada Allah mengenalkan saya dengan En. Zuhairi
Semoga beliau berjaya membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh dengan produk ini.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser gout kronik dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.
Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��
9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570
��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����
Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570
��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
Post a Comment